Search This Blog

Thursday, August 6, 2009

Keluarga Saya oleh Farah 'Izzah Nabilah


Nama saya ialah Farah ‘Izzah Nabilah. Saya berumur 9 tahun. Saya menetap bersama keluarga di Kampung Satap, Bekenu. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tawakal Satap.
Hobi saya ialah membaca majalah seperti Dewan Pelajar, Kuntum dan Asuh. Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. Ayah saya bernama Jokdin Abdullah. Beliau berusia 43 tahun dan bekerja sebagai seorang guru di SK Sungai Manong, Niah. Ibu saya pula ialah Hartini binti Drahman. Beliau berusia 38 tahun dan bertugas sebagai guru di SMK Luar Bandar Miri.
Saya mempunyai dua orang abang, yang sulung bernama Mohd. ‘Izzat Hafizuddin yang berusia 14 tahun. Dia menuntut di SMK Agama Miri. Nama abang saya yang kedua ialah Mohd. ‘Ifwat Wafiuddin yang berusia 11 tahun. Dia bersekolah di SK Tawakal Satap. Saya juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Farah Inani Nadiah. Dia berusia 7 tahun dan bersekolah di sekolah yang sama dengan saya.
Saya amat menyayangi kesemua mereka. Saya amat gembira ketika berada di sisi keluarga saya.

Kenangan di Langkawi 2003



Bergambar di Dataran Lang, Langkawi. Kelihatan dalam gambar Mohd.'Izzat, Mohd. 'Ifwat, Farah Inani (sedikit terlindung), Farah 'Izzah dan Hartini (ibu).

Arca


Arca bertajuk "Menuju Puncak" merupakan arca estetik. Dihasilkan dengan menggunakan kepingan-kepingan papan yang disusun menggunakan teknik pasak. Arca ini agak 'simple' namun bagi pengkarya arca ini sangat besar ertinya. Susunan kepingan membentuk anak tangga menggambarkan pendakian yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan yang gemiliang.

Wednesday, August 5, 2009

Doa Agar Mudah Berbuat Taat dan Menjauhi Maksiat

Bismillahirrahmannirrahim...
"Ya Allah! aku bermohon kepada-Mu dibukakan hati untuk berbuat kebajikan (taat) dan menjauhi kemungkaran. Mengasihi orang-orang miskin dan mengharapkan keampunan serta kasih sayang-Mu"

Mutiara Kata

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya... kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN....

Tuesday, August 4, 2009

Famili

Keluargaku
Puan Hartini binti Haji Drahman
Muhammad 'Izzat Hafizuddin
Muhammad 'Ifwat Wafiuddin
Farah 'Izzah Nabilah
Farah Inani Nadiah